Tuesday, April 22, 2014

Cik Supervisa


Gelaran untuk supervisor aku. Supervisa..hahaha aku dapat gelaran ni pun dari cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah hehe...Awie kan jadi supervisa kat Singapore dalam cerita tu? Hahaha...

Okey macam Incik Bos, Cik Supervisa ni boleh dikatakan lawak juga pada pemerhatian aku...nak tahu lawak macam mana?

Pelupa..Supervisa aku ni jenis pelupa tahap petala tapi jangan nak main-main pasal ilmu Microbiology dalam kepala dia...takat lupa tang mana dia letak alcohol spray dan pen dan handphone dan kunci dan....ahaha macam-macam lepas tu dia gelabah cari dan jerit-jerit panggil nama aku...

Gelabah...serius makcik ni memang gelabah. Lepas tu buat aku gelabah sekali dengan dia. Maka nak elakkan aku gelabah, aku akan periksa betul-betul segala stok broth dan agar lepas tu beritahu dia..kalau tak mahu naya nak buat agar beratus-ratus huhu...

Ketinggian..err yang ni dah Allah lahirkan dia rendah sikit dari aku maka segala barang aku akan letak ikut tahap mana dia boleh capai kalau tak kesian kat dia kalau aku tak ada ke apa..

Workaholic..serius dia ni aku memang nak aje paksa balik. Dia ni selagi kerja dia tak siap memang dia tak akan balik rumah..aku pun lebih kurang gitu tapi kalau aku rasa kerja tu boleh disiapkan within the time frame maka tak apa buat esok..nasib baik minggu ni gas supply untuk setiap lab tak ada maka dia tak boleh buat kerja dia..minggu ni kami balik awal + tengah mid-sem break~ahaha happy~

Strict..tang ni strict ni dia selalu apply kat aku je..yela aku je dengan dia dalam lab tu..tang makcik cleaner boleh pula dia buat lek lek lu..sebab dia takut makcik cleaner mogok tak basuh glassware ahahaa~Pernah aku buat lawak jahat nak racun makcik cleaner dengan Listeria sp tapi tak buat sebab dia ugut suh aku pula basuh glassware kalau apa-apa jadi kat makcik tu ahahaa~sengal tak aku?

Okey apa-apa pun ada masa aku seronok dan ada masa aku bengang tapi serius dia ni memang lawak ngee~

p/s: currently suka lagu ni~

No comments:

There was an error in this gadget