Sunday, April 20, 2014

Hari Ahad Hari Ceria~



Ramai yang berasa tertekan apabila tiba hari Ahad kerana perlu keluar bekerja pada keesokan harinya yakni Isnin. Aku juga tidak terkecuali (tak kisahlah betapa aku sukakan kerja aku sekarang). Biasalah manusia mana yang tak suka akan rehat?

Pagi tadi selepas solat Subuh, aku memeriksa mesej dari telefon pinjaman ayahku. Naqibahku memberitahu yang dia kan menjemput aku pada pukul 8.15am untuk pergi bersama-sama ke program daurah IKRAM. Perasaan? Tak ada apa-apa perasaan. Well, I was like "okay another activity~"

Bersiap dan keluar dari rumah pada pukul 8.05am menuju ke tempat yang sudah diatur oleh naqibah. Adik aku si Itiaq aku kerah untuk menghantarku ke sana keskeskes~ Tunggu sebentar dengan muka yang agak awkward sebab menunggu di stesen bas yang tidak lagi digunakan..hehe orang pandang macam "adakah makcik ini tak tahu yang tak ada bas lagi?". Sekejap tu aku mendengar suara comel naqibahku memanggil dari jauh hehehe~ dengan muka seronoknya aku berjalan menuju ke arah naqibahku yang datang dengan van IKRAM..didalam perut van, ada Makcik Ila ang turut sama menumpang..kes aku ni adalah aku tak ingat jalan ke tempat program itu kalau tak insyaAllah aku tak ada masalah nak drive ke sana~

Mula bertegur sapa macam biasa..ala bersalam dan cium laga pipi hehe~ tapi kalau dengan mereka-mereka ni peluk siap tak mau lepas hahaha~ bercerita macam-macam dalam kereta. Naqibah aku yang tahu aku kenal anak lelakinya bercerita tentang anak lelakinya kepada aku..okey pejuang yang aku kenal rupanya lain sedikit dari apa yang aku bayangkan tapi apa-apa pun aku kagum dengan cara naqibah aku membesarkan anak-anaknya..bayangkan naqibah aku ni rupanya seorang ahli fizik..kepada yang di luar sana yang ada tanggapan bahawa ostad dan ostajah ni cuma lulusan Al-Azhar atau mengaji pondok je sila betulkan tanggapan anda ye? Mereka juga terdiri dari golongan professional okay?

Program dimulakan dengan acara bersarapan hehe..elok sungguhlah sebab aku memang tak makan apa-apa sejak keluar dari rumah. Bersarapan ramai-ramai dengan roti canai yang ditebar oleh suami seorang ahli usrah kami. Serius sangat sedap! Desert pula swiss roll~hehehe aku siap makan dengan budak comel, anak kepada ahli usrah. Serius sangat comel sampai aku rasa nak peluk-peluk + cium tapi aku tak buat sebab segan dengan mak dia ahahaha~

Ceramah pertama disampaikan oleh Dr Ikhwan Hadi seorang pensyarah Fizik dari UPSI yang menerangkan tentang kejadian kejadian alam dan Al-Quran. Dia turut menunjukkan tentang eksperimen bunyi. Beza apabila surah Al-Fatihah dialunkan dengan lagu Avicii - Wake Me up yang diukur menggunakan sebuah alat untuk mengesan 'the perfect sound' dan tekalah yang mana dapat menggerakkan mesin itu? Terus terang cakap ceramahnya menyentuh hati dan membuka minda..beberapa kali juga aku ternganga dalam ceramah itu.

Ceramah kedua di sampaikan oleh Ustaz Shamsuddin tentang tafsir surah An-Naba. Surah dalam juzuk amma (juzuk 30) yang menceritakan tentang hari kiamat. Hari kebangkitan kita dimana segala amalan akan ditimbang dan akan ditentukan ke mana arah kita. Syurgakah? Nerakakah? Baca surah itu dan fahami..jangan dok baca lalu gitu memang kurang feeling...

Tamat sahaja aktiviti, semua ahli disajikan dengan nasi bungkus. Ramai yang berkeputusan untuk membawa pulang sahaja. Biasalah makcik-pakcik ni ada anak dan suami / isteri dirumah..aku yang menumpang kena ikut sekali ma~

Apa yang aku rasakan hari ini merupakan hari yang bermakna instead of lazing/ oozing around during the weekend. Seronok dapat ilmu yang baru disamping merapatkan ukhuwah. Oh usrah kami menang ahli paling ramai dalam program kali ini hehehe~ Gembira naqibahku hari ini (^-^)

p/s: aku duduk sebelah naqibah aku sepanjang ceramah. Dia memang seorang yang sangat mudah tersentuh dan aku sangat menyenanginya. Senang sahaja nak jatuh sayang dekat dia ni (^-^)

p/s kedua: Adik aku cakap "Dia ada anak lelaki kan? Apa lagi Yana?!" ceit!!

3 comments:

Suha Fasihah said...

IKRAM mana sis? sabtu baru2 ni sy first time join JUS! Talk dekat IKRAM Subang Jaya... Allah... rasa nak menangis je masa tu... rasa macam jauh sangat lari dari Pencipta... sekarang nak merangkak balik kenal Tuhan...

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah IKRAM Hulu Selangor..
Tu la mula2 pergi memang rasa rendah diri tapi alhamdulillah mereka semua sangat supportive and not judgemental.

InsyaAllah kalau ada program gabungan IKRAM mungkin kita boleh jumpa (^-^)

Suha Fasihah said...

@Norlyana Nasrin insya Allah ^__^

There was an error in this gadget