Wednesday, April 23, 2014

Lampu Suluh Ajaib!!



Konon~ Lampu suluh. Satu barang yang tak siapa rasa perlu untuk dibawa ke mana-mana dan kalau bagi perempuan memang tak akan ada dalam beg tangan. Beg tangan perempuan biasa akan ada bedak asas, gincu, BB cream, maskara.......ah serius aku pun tak tahu sangat benda-benda alah tu sebab dalam beg aku ni cuma ada Silky White BB 2-Way Powder + Foudation, kad akses rumah, pendrive, dompet, kunci kereta, sikat, pengetip kuku, getah rambut, kad derma darah, sapu tangan dan....lampu suluh!!!!



Cerita disebalik lampu suluh~

Tak payah nak berbolak-balik sangat..okey lampu suluh ini dihadiahkan oleh ayah aku kepada aku sebagai langkah keselamatan jika tiada elektrik. Aku yang dah berpindah ke rumah sewa dua bulan lepas (tapi selalu je balik rumah~) diberikan lampu suluh. Bak kata ayah aku " Senang bawa~" hahaha...

Tapi serius..memang berguna sebab ada satu hari tu masa nak turun tangga dari rumah sewa aku tu, tiba-tiba lampu terpadam (biasa kawasan tu memang asal pukul 7am je dah tutup lampu). Dengan keadaan gelap tu aku meraba-raba mencari lampu suluh yang dah memang ada dalam beg aku...plastik dia tu pun aku tak buang lagi you~ Alhamdulillah ada hikmah ayah aku hadiahkan lampu suluh instead of Ferrari hehehe...

p/s: Teringat zaman dolu-dolu ikut Koh Saerah aku pergi surau...memang bawak lampu suluh ni..Dia sebut "Toshelite"~ keskeskes~

No comments:

There was an error in this gadget