Monday, April 7, 2014

Quran Cantik Quran Buruk



Al-Quran kitab suci Allah yang diibaratkan seperti penunjuk arah ke jalan yang benar kepada umat manusia. Aku ada empat Al-Quran...tiga tafsir (English, Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu) dan satu Quran percuma yang aku dapat ketika belajar di CENFOS IIUM.

Tapi malangnya aku cuma 'merasa' kepentingan dan kegalauan tanpa Quran pada umur 26 tahun..hmm selama ini apa yang ada dalam hati kau Norlyana Nasrin?! Astaghfirullahalazim! Aku tertinggal kesemua Quranku di rumah keluarga (Rawang aka California..ehey~) Hati rasa tak tenang dan semakin kacau kerana agak lama juga meninggalkan kitab suci itu (saya ABC aka Allah Bagi Cuti). Kiranya kalau dirumah ketika ABC, sebelum tidur boleh aku selak tafsir sebab memang tempat tidur aku merangkap perpustakaan kecil aku. Hehehe pandai ayah aku pilih katil walaupun ada lambang Superman dan sangat colourful. Sebelum ni rasanya aku ada konsikan gambar katil aku..hahaha kalau rajin silalah cari entri tu..(nampak tak betapa distracted aku ni)

Berbalik kepada cerita aku dan Al-Quran..zaman mengaji dulu aku dengan kakak aku kongsi-kongsi je Quran. Kiranya aku akan tunggu dengan rehal kosong sementara kakak aku mengaji dan bila dia dah habis mengaji aku ambil Quran yang dia pakai dan buka mukasurat yang patut aku baca. Dulu aku lembab tang-tang mengaji maka aku selalu mukasurat yang depan-depan. Bayangkan sekali baca kira-kira empat baris je macam tu padahal aku beratur nak mengaji tu boleh kata berjam jugalah. Maka setelah beberapa ketika aku hilang minat dan terus tak mahu pergi mengaji..setiap kali kena paksa, aku pergi tapi bukan ke surau tapi memanjat bukit atau merayau ikut suka hati aku. Bila nampak ada budak-budak balik mengaji, baru aku balik rumah. Nampak tak kenakalan tahap petala aku tu?

Quran buruk aku merupakan quran yang paling aku suka dan sayang. Walaupun tafsir dalam Bahasa Indonesia yang bisa memutar-mutarkan kepala gue tapi banyak kenangan aku dengan Quran ni. Quran buruk inilah yang menjadi saksi peristiwa aku menjadi trauma untuk mengaji (sampai sekarang masih ada tapi aku gagahkan juga nak mengaji!) dan banyak hasil contengan di Quran buruk ini. Contengan mengesan tajwid bukan contengan kosong semata-mata..Quran inilah merupakan Quran pertama yang aku khatamkan..alhamdulillah..walaupun aku masih banyak kekurangan dan kadang-kadang bacaan aku kucar-kacir dek tinggal lama tapi Quran itulah yang akan aku cari dulu. Quran buruk aku berwarna maroon dan bersaiz A6..senang dibawa kemana sahaja dan memang selalu aku bawa cuma entah macam mana minggu ni aku boleh tertinggal Quran aku tu dengan Mathurat aku sekali...rasa macam nak tumbuk diri sendiri....

InsyaAllah esok aku akan balik ke Rawang aka California untuk ambil Quran aku dan beberapa barangan ufufu..

p/s: Naik gila aku memikirkan yang esok aku kena buat 960 metal agar untuk budak-budak Envi nak pakai Khamis ni..huhu..doakan aku kengkawan~

No comments:

There was an error in this gadget