Thursday, May 15, 2014

Jiwa 150km/jam



Tajuk macam apa...dah lama jugalah aku tak update sangat blog aku ni kan? Akak busy okey! *Bajet diva la sangat~

Okey alhamdulillah aku dah tamatkan tempoh probation atau percubaan selama 6 bulan ditempat bekerja aku sekarang dan kini aku bergelar CONFIRMED STAFF!!! Alhamdulillah~ Semester pun dah nak berakhir dan ye selepas ini aku akan bergelumang lagi dengan agar-agar yang perlu disediakan untuk semester akan datang...ufufufufu dengar kata subjek semester depan lebih mencabor..memancor!!!! *gaya Awie dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Apa-apa pun dalam hidup ini kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan sebab tak akan ada benda yang konsisten kecuali perubahan. Ehey~

Rutin pagi-pagi sekarang ni bangun tidur dalam pukul 4.40am macam tu dan terus memasak sebab selalu aku bawa bekal ke tempat kerja. Malas nak membeli sebab tak berapa sedap dan agak mahal juga. Aku akan bertolak ke tempat kerja selepas solat Subuh. Alhamdulillah jalan agak lengang pagi-pagi maka aku tak stress hehehe~ oh dan ini juga menyebabkan aku memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan..bukan aku sengaja...dah sedap-sedap bawa dan mata memang straight pandang depan kekadang tu terlepas pandang kat meter laju tu huhu..sekali pandang mak aih 150km/jam! Ini gila tapi selalu juga terjadi..aduilah aku perlu berhati-hati....tapi masa balik kerja memang gua patuh hadlaju kekadang slow terlebih sebab jalan jammed hehehe...serius tension woo!! Tension sebab kekadang bukan apa pun tapi disebabkan sesetengah pemandu yang ikut suka slow kat lorong kanan tu yang buat jammed..dah slow tak reti pergi belah kiri ke?! Bila aku bagi lampu tinggi boleh pula buat dek je dan aku tak ada pilihan kecuali memotong kereta tersebut dari lane kiri..(ini terjadi petang semalam 14/5/2014) sebab banyak kereta beratur kat belakang gua juga..

Sekarang ni aku nak tumpukan dalam membina sahsiah diri *ehey~ dan cuba jadi Muslimah yang baik. InsyaAllah..walau kekadang gua ni macam sengal dan asyik nak terkona je tapi insyaAllah gua akan mencuba dan terus mencuba..doakan untuk gua okey!

p/s: ramai kengkawan dah berumahtangga lantas meletakkan aku dalam keadaan agak tertekan dengan soalan "hang bila lagi?". Dey hampa ingat aku tak mau kawen ka?! Belum sampai lagi jodoh maka relax dan bila dah ada aku hantaq kad kat hang okey!

No comments:

There was an error in this gadget