Monday, June 30, 2014

Krispy Choco~



Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah post menyelit...macam ni kakak aku ada menjual Krispy Choco murah yang boleh dimakan bila masa kecuali time tengah puasa (hehehe...)

Nak beli?

Harga :RM 8 (Postage fee: RM 7 (SM)  / RM 10 (SS)) (180 gram)
Beli lebih dari 10 botol beri FREE POSTAGE

Nak order? Whatsapps : 017-3061 475 WeCHat id: alisa_victory

mari2~

Perang Bermula!!

gua amik dari sini  

Cik Supervisa dah selamat ke Australia..maka tinggallah gua di lab Microbiology ini bersama-sama acik cleaner. Gualah taiko lab ini!!!! Ini..ini..ini... (konon suara bergema).

Tapi...apa-apa pun Cik Supervisa dah tinggalkan amanat buat gua...ohoi~ bertimbun agar yang gua kena buat dan beraneka jenis pula tu (dah macam iklan kuih raya). Tak cukup dengan agar, gua kena juga pastikan lab ni tak meletup..ahahaa ini over! Gua bukan mad scientist yang main benda letup-letup ni..gua punya microbe yang peaceful je tapi sekali kena infection...krik..krik..krik..krik...

Ramadhan kareem kepada pembaca blog gua! (Sila jawab Ramadhan mubarak atau Allahuakram okey?) Hari ni hari kedua puasa dan gua rasa okey je setakat ni...bab kata adik gua "Ek eleh macam tak pernah puasa je kau kan?!" hahaha sarkastik punya budak!

Untuk yang layan blog novel gua, gua minta kalian bawak bersabar sebab gua ada problem sikit maka ter'delay' sambungan cerita Isteriku Ratu Ais dan kekadang otak gua ni ter'distract' dengan idea-idea untuk buat cerpen baru (novel gua rasa macam susah nak bagi komitmen sekarang ni huhu~).

Apasal kali ni Norlyana Nasrin bahasakan diri sebagai 'gua'? Entahlah beb...gua dalam mood mengganas rasanya hehehe....gurau-gurau~

Baiklah gua boleh update ni pun sebab tengah meng'UV'kan sterile room untuk agar pouring..okey nanti gua update bila gua free lagi okey?

Tuesday, June 24, 2014

The Vamps - Can We Dance

The Vamps
This song is catchy and somehow keep playing inside my head. However, the lyric is quite inappropriate tho. Well just listen to the catchy rhythm~


I talk a lot of shit when I'm drinking, baby,

I'm known to go a little too fast.
Don't mind all my friends, I know they're all crazy,
But they're the only friends that I have.
I know I don't know you,
But I'd like to skip the small talk and romance, girl.
That's all I have to say so, baby, can we dance?



Here we go again, another drink I'm caving in,
Stupid words keep falling from my mouth.
You know that I mean well,
My hands remember somewhere else.
Your eyes are doing naughty butterflies [?]



Oh, oh, one more drink and I should go,
Oh, oh, maybe she might like me though.
Oh, oh, I just can't think of what to say,
Should I go, should I stay?
Just can't let her slip away.



I talk a lot of shit when I'm drinking, baby,
I'm known to go a little too fast.
Don't mind all my friends, I know they're all crazy,
But they're the only friends that I have.
I know I don't know you,
But I'd like to skip the small talk and romance, girl.
That's all I have to say so, baby, can we dance?



I was nearly in, but then came in the pushy friend,
Killed my vibe and took my perfect ten away.
You know I need you, girl,
My heart's not made for someone else.
Take me in 'cause I can barely stand.



Oh, oh, one more drink and I should go,
Oh, oh, maybe she might like me though.
Oh, oh, I just can't take this any more,
Should I stay? Should I go?
It'll just lead back to her door.



I talk a lot of shit when I'm drinking, baby,
I'm known to go a little too fast.
Don't mind all my friends, I know they're all crazy,
But they're the only friends that I have.
I know I don't know you,
But I'd like to skip the small talk and romance, girl.
That's all I have to say so, baby, can we dance?



I've been a bad, bad boy
Whispering rude things in her ear,
Please say she'll break,
Please say she'll change
Her mind and bring me back to her place.



I talk a lot of shit when I'm drinking, baby,
I'm known to go a little too fast.
Don't mind all my friends, I know they're all crazy,
But they're the only friends that I have.
I know I don't know you,
But I'd like to skip the small talk and romance, girl.
That's all I have to say so, baby, can we dance?



I talk a lot of shit when I'm drinking, baby,
I'm known to go a little too fast (a little too fast)
Don't mind all my friends, I know they're all crazy,
But they're the only friends that I have.
I know I don't know you,
But I'd like to skip the small talk and romance, girl.
That's all I have to say so, baby, can we dance?



source: Songlyrics

Thursday, June 19, 2014

Free



Free aka masa terluang yang takkan kekal lama..tetibe keluar arahan suruh cari mana-mana lecturer dan contribute in their research during semester break. Aku dah macam (-.-)"

Semester ini sahaja aku ada kena buat TSA (Tryptone Soy Agar) dalam 1000 plates dan beberapa agar yang beratus-ratus juga huhu~ well ini adalah normal kalau bekerja dalam Microbiology Lab kan?

Tapi sekurang-kurangnya dapat pengalaman huhu~positive!

Ikutkan..kalau nak senang, I'll do something related to Microbiology because I can utilize the lab while working on semester preparation. While I got some urge to work with the nature but I don't know any lecturer that doing any field work based experiment.

Whatever it is, will discuss about it on Monday huhu~

Monday, June 16, 2014

Open Challenge aka Cabaran Terbuka..ehey~



Assalamualaikum w.b.t, Hello~

Entah kenapa saya terfikir nak buat satu cabaran. Alah bukan cabaran apa pun, saja nak beramah-tamah dengan pembaca blog. Okey perlu difahamkan yang ini hanyalah untuk suka-suka dan sekali-sekala saya nak tengok juga sisi kreatif pembaca.

Okey butir-butir cabaran!

1. Buat cerpen dalam 1000 hingga 3000 (lebih pun tak apa) patah perkataan.

2. Gunakan perkataan : pensil ajaib, pizza dan piramid

3. Tak kisah nak nak letak berapa banyak watak sekalipun (^-^)

4. Letak link anda dibahagian komen blog Isteriku Ratu Ais. Kalau ada blog sendiri memang senang tapi kalau tak ada, boleh upload ke Google document dan share link.

5. Tarikh tutup cabaran ialah 30 Jun 2014.

Macam mana? Jom? (^-^)

Sila sebarkan kepada rakan-rakan blogger yang lain supaya kita semua dapat membaca cerpen kreatif. Tentu seronok kan? Saja nak suka-suka~ (^-^)v

Saturday, June 14, 2014

Sakit Telinga~



Sudah lebih seminggu rasanya telinga aku buat hal..pada mulanya kedua-dua belah telinga berasa sakit dan bila aku bersihkan dengan cotton bud (amalan yang tak baik ye tuan puan~) ada pus discharge jadi aku bersihkan sekali lagi dengan menitiskan hydrogen peroxide ke dalam telinga.

Setelah beberapa hari meletakkan hydrogen peroxide tapi sakit telinga itu masih tak baik-baik, aku fikir mungkin lebih baik kalau aku terus pergi membuat pemeriksaan ENT..aku mula mencari klinik panel universiti yang menawarkan khidmat ENT tapi..tak ada dan kalau pergi ke hospital yang berdekatan dengan tempat kerja itu pun kena bayar dulu sebelum boleh membuat tuntutan insurans.

Semalam, aku dah tak tahan sangat jadi aku pergi sahaja ke klinik kesihatan di Rawang. Alhamdulillah disebabkan pagi maka tak begitu ramai dan aku tak peru menunggu lama. Balik sahaja rumah, aku makan sebelum mengambil ubat mengikut prescription dan hari ini alhamdulillah sakit telingaku berkurangan dan semakin elok.

So what's your point Norlyana Nasrin?

Okay some might says that they prefer to go to private hospital or clinic instead of government hospital because of their service and effectiveness of the medication. Maybe it is not 100% wrong but it is expensive. Like me, I only need to pay RM 1 for the consultation and medication in government clinic instead of RM200++ if I go straight to the private hospital nearby my workplace (which is under the same company). Well, I can make a claim later but, to pay RM200++ for only ear inflammation I don't think it is smart.

Tukar bahasa balik~ Mungkin malas pergi ke hospital kerajaan sebab lama nak menunggu dan kekadang jururawat kat situ macam nak minta penyepak betul? Tapi alhamdulillah, semalam aku pergi, aku dilayan baik dari awal mendaftar sehinggalah ketika mengambil ubat cuma satu sahaja jururawat tua yang agak 'garang' tapi tak apa, aku pun tak kisah sangat. Apa yang aku nak cakap ialah, kita kena guna segala kemudahan yang ada dari belanja lebih. Tapi apa-apa pun pilihan itu milik individu kan? Jangan marah I sambil kejar dengan kapak ye~ hehehe (^-^)v


Monday, June 9, 2014

Penpal


Aku ada penpal ketika aku berumur 14 tahun (atau kurang? lupa da..). Aku kenal dia melalui laman suai kenal dalam majalah Kreko dan seriously aku berminat nak berkawan dengan dia sebab aku tertarik dengan lukisan yang dia hantar ke majalah itu. Ketika itu dia pelajar tingkatan 5 dan sibuk dengan SPM tapi dia masih melayan aku dengan menghantar surat bilamana dia ada masa dan boleh kata setiap surat dia akan sertakan dengan lukisannya sekali. Setiap minggu, bukan, setiap hari aku akan menunggu balasan surat dari dia sebab aku betul-betul suka dengan lukisan dia dan sampai sekarang aku simpan lukisan dia dalam peti rahsia aku...huhu frust je Incik Pencuri kalau buka peti rahsia aku hahahaha~

Hubungan kami terputus bila dia tamat persekolahan dan mula sibuk dengan urusan kolej. Bila sudah meningkat dewasa, aku mencari dia di laman Facebook. Alhamdulillah jumpa! Pada mulanya aku ragu-ragu nak tegur ke tidak sebab takut dia tak ingat kat aku lagi dan aku malu kot! Tapi...aku kumpulkan segala aura-aura berani dan mula menghantar private message kepadanya pada tahun 2011. Lama aku menunggu namun tiada sebarang jawapan dari pihak dia. Aku membuat kesimpulan sendiri yang mungkin dia betul-betul sudah lupa pada aku.

Tahun ini pada 8 May lepas, aku menerima balasan dari dia. Rupa-rupanya mesej yang aku hantar masuk ke spam dan nasib baik dia memeriksa spam message dia kalau tak memang tak akan berhubung sampai ke sudah huhuhu...maka kami mula bertanya khabar. Perasaan itu sangat seronok! Tak sangka dapat berhubung semula dengan orang yang terputus hubungan dengan kita lebih dari 10 tahun! Catching-up bak kata omputih dan dia dengan seronok menceritakan pengalamannya ketika bercuti dia Jepun huhu~ Apa yang buatkan aku sedih, dia semakin jarang dapat melukis benda yang dia suka...hmmm biasalah..bila dah semakin menjadi grown-up, semakin banyak benda yang perlu kita lepaskan untuk memenuhi segala komitmen..

Apa-apa pun aku harap persahabatan yang terjalin akan kekal dan aku doakan dia bahagia (^-^)v

Thursday, June 5, 2014

Err hi?

Photo: Arctic fox in the snow

Dalam minggu ni je aku rasa macam relaks gila adalah sampai tahap nak ke mental breakdown...ahahaha..

Jangan cakap aku tak bersyukur sebab ada masa lapang..tapi masa lapang pun tak rasa macam masa lapang sebab aku rasa semacam dok dalam lab tapi tak buat apa-apa. Serius aku boleh gila! Maka aku kemas-kemas lab...kemas pun tak boleh nak kemas apa sangat sebab banyak barang Cik Supervisa yang aku ragu-ragu nak buang ke tak nak...ahahhahaha lagi tambah tension bila dok tak buat apa-apa dan Cik Supervisa ada kat sebelah..errr awkward! Oh disebabkan aku dah terlebih kemas macam-macam, Cik Supervisa ni pun aku rasa mungkin ada kesedaran yang timbul (ehey) maka dia pun mula mengemas meja dia juga huhu..ambik kau virus gila mengemas aku dah merebak!

Petang tadi, aku bosan tahap gila babun maka aku buka website National Geographic..serius dah berapa hari aku dok buka website tu sebab suka tengok gambar haiwan dan permandangan....bila rasa tak ada benda menarik, aku baca manga online hahaha...bosan lagi aku buka online shopping page...bila aku rasa aku nak flip table, aku tanya Cik Supervisa ada apa-apa nak aku tolong tak? tapi....dia cakap tak ada...okey aku menyambung buat gila lagi dengan pergi cari workshop atau training untuk Microbiology...tak jumpa juga....dalam kebosanan tu aku buka website HR..hmm aku amiklah training untuk First Aid and CPR...tak apalah janji ada training aku pergi....

Bukan aku tak nak update novel ke, baca Quran ke tapi...rasa macam awkward kalau aku buat something yang lain selain Microbiology dalam lab Microbiology nak-nak lagi Cik Supervisa ni kekadang check-it-out aku gak..huhuhu...

Last-last bila aku rasa macam tak ada apa lebih baik aku balik je...Cik Supervisa suruh aku autoclave sterile bottle dan 2 liter air...okay aku buat je...sekali bila dah start autoclave, dia cakap air tu dia nak milicule water...aiyok! Aku stop autoclave machine dan tukar air tu..ahahaha gelak tension tapi aku maafkan sebab dia buat muka cute bila minta maaf tadi huhuhuhu...

Okeylah aku rasa ni je update aku untuk kali ni...

Yang baca dan ikut novel aku, nantikan cerpen berepisod yang aku tengah kerjakan..huhuhu tak tahulah bila baru aku nak dalam blog maka sila tunggu okey? Lawat blog Isteriku Ratu Ais (^-^)
There was an error in this gadget