Thursday, June 5, 2014

Err hi?

Photo: Arctic fox in the snow

Dalam minggu ni je aku rasa macam relaks gila adalah sampai tahap nak ke mental breakdown...ahahaha..

Jangan cakap aku tak bersyukur sebab ada masa lapang..tapi masa lapang pun tak rasa macam masa lapang sebab aku rasa semacam dok dalam lab tapi tak buat apa-apa. Serius aku boleh gila! Maka aku kemas-kemas lab...kemas pun tak boleh nak kemas apa sangat sebab banyak barang Cik Supervisa yang aku ragu-ragu nak buang ke tak nak...ahahhahaha lagi tambah tension bila dok tak buat apa-apa dan Cik Supervisa ada kat sebelah..errr awkward! Oh disebabkan aku dah terlebih kemas macam-macam, Cik Supervisa ni pun aku rasa mungkin ada kesedaran yang timbul (ehey) maka dia pun mula mengemas meja dia juga huhu..ambik kau virus gila mengemas aku dah merebak!

Petang tadi, aku bosan tahap gila babun maka aku buka website National Geographic..serius dah berapa hari aku dok buka website tu sebab suka tengok gambar haiwan dan permandangan....bila rasa tak ada benda menarik, aku baca manga online hahaha...bosan lagi aku buka online shopping page...bila aku rasa aku nak flip table, aku tanya Cik Supervisa ada apa-apa nak aku tolong tak? tapi....dia cakap tak ada...okey aku menyambung buat gila lagi dengan pergi cari workshop atau training untuk Microbiology...tak jumpa juga....dalam kebosanan tu aku buka website HR..hmm aku amiklah training untuk First Aid and CPR...tak apalah janji ada training aku pergi....

Bukan aku tak nak update novel ke, baca Quran ke tapi...rasa macam awkward kalau aku buat something yang lain selain Microbiology dalam lab Microbiology nak-nak lagi Cik Supervisa ni kekadang check-it-out aku gak..huhuhu...

Last-last bila aku rasa macam tak ada apa lebih baik aku balik je...Cik Supervisa suruh aku autoclave sterile bottle dan 2 liter air...okay aku buat je...sekali bila dah start autoclave, dia cakap air tu dia nak milicule water...aiyok! Aku stop autoclave machine dan tukar air tu..ahahaha gelak tension tapi aku maafkan sebab dia buat muka cute bila minta maaf tadi huhuhuhu...

Okeylah aku rasa ni je update aku untuk kali ni...

Yang baca dan ikut novel aku, nantikan cerpen berepisod yang aku tengah kerjakan..huhuhu tak tahulah bila baru aku nak dalam blog maka sila tunggu okey? Lawat blog Isteriku Ratu Ais (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget