Monday, June 9, 2014

Penpal


Aku ada penpal ketika aku berumur 14 tahun (atau kurang? lupa da..). Aku kenal dia melalui laman suai kenal dalam majalah Kreko dan seriously aku berminat nak berkawan dengan dia sebab aku tertarik dengan lukisan yang dia hantar ke majalah itu. Ketika itu dia pelajar tingkatan 5 dan sibuk dengan SPM tapi dia masih melayan aku dengan menghantar surat bilamana dia ada masa dan boleh kata setiap surat dia akan sertakan dengan lukisannya sekali. Setiap minggu, bukan, setiap hari aku akan menunggu balasan surat dari dia sebab aku betul-betul suka dengan lukisan dia dan sampai sekarang aku simpan lukisan dia dalam peti rahsia aku...huhu frust je Incik Pencuri kalau buka peti rahsia aku hahahaha~

Hubungan kami terputus bila dia tamat persekolahan dan mula sibuk dengan urusan kolej. Bila sudah meningkat dewasa, aku mencari dia di laman Facebook. Alhamdulillah jumpa! Pada mulanya aku ragu-ragu nak tegur ke tidak sebab takut dia tak ingat kat aku lagi dan aku malu kot! Tapi...aku kumpulkan segala aura-aura berani dan mula menghantar private message kepadanya pada tahun 2011. Lama aku menunggu namun tiada sebarang jawapan dari pihak dia. Aku membuat kesimpulan sendiri yang mungkin dia betul-betul sudah lupa pada aku.

Tahun ini pada 8 May lepas, aku menerima balasan dari dia. Rupa-rupanya mesej yang aku hantar masuk ke spam dan nasib baik dia memeriksa spam message dia kalau tak memang tak akan berhubung sampai ke sudah huhuhu...maka kami mula bertanya khabar. Perasaan itu sangat seronok! Tak sangka dapat berhubung semula dengan orang yang terputus hubungan dengan kita lebih dari 10 tahun! Catching-up bak kata omputih dan dia dengan seronok menceritakan pengalamannya ketika bercuti dia Jepun huhu~ Apa yang buatkan aku sedih, dia semakin jarang dapat melukis benda yang dia suka...hmmm biasalah..bila dah semakin menjadi grown-up, semakin banyak benda yang perlu kita lepaskan untuk memenuhi segala komitmen..

Apa-apa pun aku harap persahabatan yang terjalin akan kekal dan aku doakan dia bahagia (^-^)v

4 comments:

adryz annissa said...

10 years? you gotta be kidding me,sis. awesome ! penpal? lama dah tak balas-balas surat. dunia dah moden.

Norlyana Nasrin said...

@adryz annissa Yup more than 10 years. Tu la...dulu memang suka bila dapat surat dan tiap2 hari tunggu surat dari dia. Disebabkan saya pakai alamat company mama saya kerja, tiap2 hari saya akan tanya "Mama, ada surat orang tak?" huhu nostalgia~

Suha Fasihah said...

Kyaaaa~~~~
Rasa mcm lejen gila bila ckp pasal Surat ni... Dolu2 Ada pen pal dari jepun... Zaman sekolah buat twinning program... Tiap2 bulan ada Surat sampai... Gambar sakura blossoms... Skrg dah tak berbalas Surat... Friend Kat fb je... Haha

Norlyana Nasrin said...

@Suha FasihahMukyaaaah (versi Nodame hahaha)

bestnya ada penpal dari Jepun! Huhu xpe kenangan tu yang penting huhu~

There was an error in this gadget