Saturday, June 14, 2014

Sakit Telinga~



Sudah lebih seminggu rasanya telinga aku buat hal..pada mulanya kedua-dua belah telinga berasa sakit dan bila aku bersihkan dengan cotton bud (amalan yang tak baik ye tuan puan~) ada pus discharge jadi aku bersihkan sekali lagi dengan menitiskan hydrogen peroxide ke dalam telinga.

Setelah beberapa hari meletakkan hydrogen peroxide tapi sakit telinga itu masih tak baik-baik, aku fikir mungkin lebih baik kalau aku terus pergi membuat pemeriksaan ENT..aku mula mencari klinik panel universiti yang menawarkan khidmat ENT tapi..tak ada dan kalau pergi ke hospital yang berdekatan dengan tempat kerja itu pun kena bayar dulu sebelum boleh membuat tuntutan insurans.

Semalam, aku dah tak tahan sangat jadi aku pergi sahaja ke klinik kesihatan di Rawang. Alhamdulillah disebabkan pagi maka tak begitu ramai dan aku tak peru menunggu lama. Balik sahaja rumah, aku makan sebelum mengambil ubat mengikut prescription dan hari ini alhamdulillah sakit telingaku berkurangan dan semakin elok.

So what's your point Norlyana Nasrin?

Okay some might says that they prefer to go to private hospital or clinic instead of government hospital because of their service and effectiveness of the medication. Maybe it is not 100% wrong but it is expensive. Like me, I only need to pay RM 1 for the consultation and medication in government clinic instead of RM200++ if I go straight to the private hospital nearby my workplace (which is under the same company). Well, I can make a claim later but, to pay RM200++ for only ear inflammation I don't think it is smart.

Tukar bahasa balik~ Mungkin malas pergi ke hospital kerajaan sebab lama nak menunggu dan kekadang jururawat kat situ macam nak minta penyepak betul? Tapi alhamdulillah, semalam aku pergi, aku dilayan baik dari awal mendaftar sehinggalah ketika mengambil ubat cuma satu sahaja jururawat tua yang agak 'garang' tapi tak apa, aku pun tak kisah sangat. Apa yang aku nak cakap ialah, kita kena guna segala kemudahan yang ada dari belanja lebih. Tapi apa-apa pun pilihan itu milik individu kan? Jangan marah I sambil kejar dengan kapak ye~ hehehe (^-^)v


No comments:

There was an error in this gadget