Sunday, July 20, 2014

Aku nak..

photo by Micheal Zhang  

Kalau boleh aku nak tinggalkan semua dan mula berbakti kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Maksud aku, aku nak jadi seorang aktivis dan membuat kerja sukarelawan. Tak kiralah didalam negara atau di luar negara. Aku suka macam tu.

Kehidupan yang sederhana tetapi bermakna. Ianya lebih penting dan berharga dari kehidupan yang mewah tapi penuh dengan dosa. Selama mana kita dapat bernafas diatas dunia ini? Takutkan kematian? Tak aku takut dalam keadaan apa aku akan tinggalkan dunia ini. Doakan mati dalam keadaan Allah redha dengan kematian dan buku amalanku diserahkan ke tangan kananku (TT.TT)

Duduk dan tinggal dikawasan yang sunyi. Di mana teknologi tak menjadi satu kemestian. Tempat yang kita boleh saling memandang dan memahami bukan bercakap dengan skrin kaku.

Melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada semua. Tak kira di masa sekarang atau masa depan. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan tanpa dimanipulasi.

Menjadi seperti Uwais al-Qarni. Terkenal diatas sana dari populariti yang sia-sia didunia yang sementara.

Menjadi seorang yang  boleh mendatangkan kegembiraan. Sesungguhnya jika kehadiranku membuatkan sesiapa sahaja berduka lebih baik aku menyorok didalam bilik aku dan menelaah diri.

Friday, July 18, 2014

Qunut Nazilah

Keadaan dunia semakin gila dari hari ke hari. Terus-terang aku tak boleh menahan air mata dari jatuh setiap kali membaca berita tentang Gaza, Syria dan negara-negara dimana umat Islam ditindas. Tunggu sahajalah di padang Mahsyar nanti! Sedang aku menaip ini pun, Gaza masih dibedil oleh regim Zionist laknatullah. Kanak-kanak, wanita dan orang tua dibunuh dengan kejam. Hospital Al-Shifa penuh dengan mangsa-mangsa bedilan regim Zionist. Tabik hormat pada para doktor dan staf perubatan yang berusaha menyelamatkan nyawa sehingga berbuka pun ala kadar padahal kita ni mewah sangat sampai buang lebihan makanan (sentap gila-gila).

Marilah kita amalkan Qunut Nazilah dalam setiap doa kita.



Doakan untuk mereka yang ditindas. Untuk pesawat MH17, al-Fatihah untuk Muslim yang terkorban dan takziah untuk keluarga-keluarga yang lain.

Wednesday, July 16, 2014

Multitasking



Hari ni gua saje amik cuti nak rehat tapi.....

Gua bangun je buka tv, sambil-sambil tu tangan laju melipat kain. Tak suka sangatlah baju bertimbun dalam bakul tu sebab nanti ayah gua marah + gua kan tengah ada masa maka mari melipat~

Siap lipat baju, gua tutup tv dan buka laptop. Terfikir nak buat sambungan novel Isteriku Ratu Ais gua yang gua berenti bahagian suspen..der, gua tak suka sangat menyeksa jiwa raga orang maka gua update la...tengah update2 tu gua dok blur pasal CDM 25 dan steering lock. Apakah? (Semalam gua busy kat Elephant Stone maka balik tak buka internet dan terus tidur).

Gua buat dek je sambil tengok update isu Gaza sebab itu priority gua sekarang. Tapi...makin penuh pula news feed FB gua dengan benda alah tu maka gua pun tengok la video dia. Hmmm tengok tak sampai seminit gua dah tutup balik sebab rasa macam bangang je kalau tengok lama-lama pun. Gua sambung baca pasal isu Gaza sambil bernovel.

Pukul 1 macam tu ayah gua balik dan keluarkan titah suruh gua kupas durian dan asingkan dalam bekas lain. Walahwei! Gua tak mo buat tapi tak sampai hati nak cakap 'tak' kat ayah gua maka gua relax2 dulu solat segala barulah gua kupas durian tu (kupas ke kopek?). Siap je gua sambung berinternet balik..berhenti solat Asar dan sambung sekejap sebelum berhenti lagi untuk masak untuk berbuka.

Habis masak, gua sambung update novel gua dan alhamdulillah berjaya siap juga dalam hari ini. Okeylah gua sebenarnya nak minta tolong sesiapa yang sudi untuk mereka banner/poster/image untuk novel gua tu. Yela gua jealous gak tengok novel orang lain ada image untuk novel diorang tapi gua..gua...waaaaa~okey drama sangat! Sesiapa yang sudi boleh hantar ke emel gua: kouryu.nasrin@gmail.com dengan meletakkan title 'IRA' insyaAllah gua akan sediakan hadiah buat pemenang~

Baiklah ini je update gua untuk kali ini. Tentang Gaza, tetap dalam hati gua dan insyaAllah akan doakan Gaza setiap hari dalam hidup gua.
There was an error in this gadget