Sunday, July 20, 2014

Aku nak..

photo by Micheal Zhang  

Kalau boleh aku nak tinggalkan semua dan mula berbakti kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Maksud aku, aku nak jadi seorang aktivis dan membuat kerja sukarelawan. Tak kiralah didalam negara atau di luar negara. Aku suka macam tu.

Kehidupan yang sederhana tetapi bermakna. Ianya lebih penting dan berharga dari kehidupan yang mewah tapi penuh dengan dosa. Selama mana kita dapat bernafas diatas dunia ini? Takutkan kematian? Tak aku takut dalam keadaan apa aku akan tinggalkan dunia ini. Doakan mati dalam keadaan Allah redha dengan kematian dan buku amalanku diserahkan ke tangan kananku (TT.TT)

Duduk dan tinggal dikawasan yang sunyi. Di mana teknologi tak menjadi satu kemestian. Tempat yang kita boleh saling memandang dan memahami bukan bercakap dengan skrin kaku.

Melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada semua. Tak kira di masa sekarang atau masa depan. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan tanpa dimanipulasi.

Menjadi seperti Uwais al-Qarni. Terkenal diatas sana dari populariti yang sia-sia didunia yang sementara.

Menjadi seorang yang  boleh mendatangkan kegembiraan. Sesungguhnya jika kehadiranku membuatkan sesiapa sahaja berduka lebih baik aku menyorok didalam bilik aku dan menelaah diri.

No comments:

There was an error in this gadget