Wednesday, July 16, 2014

Multitasking



Hari ni gua saje amik cuti nak rehat tapi.....

Gua bangun je buka tv, sambil-sambil tu tangan laju melipat kain. Tak suka sangatlah baju bertimbun dalam bakul tu sebab nanti ayah gua marah + gua kan tengah ada masa maka mari melipat~

Siap lipat baju, gua tutup tv dan buka laptop. Terfikir nak buat sambungan novel Isteriku Ratu Ais gua yang gua berenti bahagian suspen..der, gua tak suka sangat menyeksa jiwa raga orang maka gua update la...tengah update2 tu gua dok blur pasal CDM 25 dan steering lock. Apakah? (Semalam gua busy kat Elephant Stone maka balik tak buka internet dan terus tidur).

Gua buat dek je sambil tengok update isu Gaza sebab itu priority gua sekarang. Tapi...makin penuh pula news feed FB gua dengan benda alah tu maka gua pun tengok la video dia. Hmmm tengok tak sampai seminit gua dah tutup balik sebab rasa macam bangang je kalau tengok lama-lama pun. Gua sambung baca pasal isu Gaza sambil bernovel.

Pukul 1 macam tu ayah gua balik dan keluarkan titah suruh gua kupas durian dan asingkan dalam bekas lain. Walahwei! Gua tak mo buat tapi tak sampai hati nak cakap 'tak' kat ayah gua maka gua relax2 dulu solat segala barulah gua kupas durian tu (kupas ke kopek?). Siap je gua sambung berinternet balik..berhenti solat Asar dan sambung sekejap sebelum berhenti lagi untuk masak untuk berbuka.

Habis masak, gua sambung update novel gua dan alhamdulillah berjaya siap juga dalam hari ini. Okeylah gua sebenarnya nak minta tolong sesiapa yang sudi untuk mereka banner/poster/image untuk novel gua tu. Yela gua jealous gak tengok novel orang lain ada image untuk novel diorang tapi gua..gua...waaaaa~okey drama sangat! Sesiapa yang sudi boleh hantar ke emel gua: kouryu.nasrin@gmail.com dengan meletakkan title 'IRA' insyaAllah gua akan sediakan hadiah buat pemenang~

Baiklah ini je update gua untuk kali ini. Tentang Gaza, tetap dalam hati gua dan insyaAllah akan doakan Gaza setiap hari dalam hidup gua.

No comments:

There was an error in this gadget