Monday, August 25, 2014

Cameron 23-24/8/2014 (Update bergambar)



Assalamualaikum.

Lama juga tak update apa-apa kat sini kan? Miss me? Hahahaha...hakchum! (Sedang update dalam keadaan mata dan hidung berair)

Alhamdulillah...dipanjangkan umur untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke Cameron Highland. Aku pergi dengan keluarga aku hari Sabtu yang lepas (23/8/2014). Konon-kononnya nak weekend getaway la kan sebab kepala otak aku ni agak tension setelah semester bermula dan dah lama juga kami tak keluar bercuti bersama-sama.

Hari Sabtu hari tu, kami memulakan perjalanan dalam pukul 11am. Kami melalui lebuhraya PLUS terus ke Tapah. Kami pergi dua kereta (CRV & Myvi) dan aku masuk dalam golongan CRV huhu naik dengan ayah, mama, wan & Achik. Perjalanan kami kira okeylah juga sehinggalah kami sampai di Tapah dimana ada sebuah kereta yang berhenti secara tiba-tiba sebanyak dua kali semata-mata nak tanya arah. Apa yang buat aku bengang ialah terlalu bangang pemandu kereta itu sebab berhenti di tengah-tengah jalan. Bila ayah aku bunyikan hon (sebab dua kali berturut-turut kot!) penumpang kereta itu bantai marah. Weh der, kau tak reti adab atas jalan ke apa? Kalau nak tanya arah, bagi signal dan berhenti di bahu jalan bukan tengah jalan! Oh aku juga diserang migraine dalam perjalanan naik ke Cameron ini.

ini je beg aku huhu~

Alhamdulillah kami sampai ke tempat penginapan kami pada pukul 1.40pm. Sampai-sampai sahaja aku rasa terpegun dengan keindahan permandangan dari balkoni. Subhanallah..sangat cantik! Meh aku bagi tengok gambar..


Cantik kan? Paling buat aku rasa seronok ialah interior apartment yang kami sewa untuk semalaman ini sangat cantik.

ruang tamu..abaikan tuala adik aku tu =.="
ini pula ruang makan
arah qiblat pun ada (^-^)
Bilik nombor 1 (for my parent)

Bilik nombor 2 (kakak, aku & Nadirah)
bilik nombor 3 (Wan, Wani & Lisa)
Untuk dapur, ada disediakan peti ais, microwave oven, water heater, bread toaster dan rice cooker.

kitchen
Kami ada bawa barang mentah dari rumah sebab dah tahu barang mentah macam ayam dan daging kat Cameron ni mahal. Lagipun dah ada peti sejuk ni senang la kan huhu...

Petang tu kami ke Cameron Lavender dekat Tringkap. Subhanallah sangat cantik permandangan kat situ dan untuk dewasa bayaran RM 5 manakala RM 3 untuk kanak-kanak. Warga emas 70+ tak perlu bayar. Kat dalam ni banyak tarikan seperti bunga lavender, kunci yang dok gantung-gantung by lover, rumah burung comel, patung angels, labu besar, boot Phua Chu Kang yang ditukar jadi tempat tanam bunga dan banyak lagi huhu terer tak cara aku ulas hahaha macam hape!


Hujan turun dengan lebat sekali petang itu membuatkan kami terkandas seketika di Cameron Lavender Park dan aku dapat capture benda yang menarik iaitu sekumpulan manusia yang sanggup berhujan semata-mata nak ambil gambar di depan Cameron Lavender itu. Seriously aku gelak gila-gila bila tengok diorang bertempiaran lari sebaik sahaja habis bergambar. Oh mereka memakai baju kurung ye..huhuhu

Kami ke Pasar Malam Brinchang pada petang yang sama. Hujan masih turun tapi tak selebat tadi. Migraine aku masih tak elok-elok tapi aku gagahkan diri juga sebab nak membeli-belah punya pasal huhu...hasil tangkapan aku pada petang itu ialah bantal Rilakuma hehe seronok apek tu bila kami beli banyak bantal kat dia hehehe~

Pasar Malam Brinchang dan lihatlah langit itu~

Malam itu kami masak dinner kami sendiri. Seronok sebab ayah yang kawtimkan makan malam kami. Sejuk gila malam itu sebab hujan petang tadi. Maka aku makan dengan banyak hahaha~konon nak tambah haba dalam badan yang tersedia banyak haba keskeskes~

Keesokan harinya, kami checkout dari apartment pada pukul 10am. Madam Yap, penjaga apartment yang kami sewa datang mengutip wang sewaan. Oh ye, mereka ini sangat baik sebab tak kisah pun bila nak bayar asalkan bayar sudah. Yelah kita sama-sama jujur cukup kan? Apartment ini milik orang Melayu iaitu Encik Taufik dan Madam Yap ini ditugaskan sebagai penjaga apartment. Jika anda berminat, boleh hubungi Teaz Apartment, Encik Taufik 016-8785293/012-5729155 untuk tempahan. Harganya cuma RM350/semalaman dan bagi aku sangat berbaloi apartment itu ada 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi disamping dengan kelengkapan yang lain. Ada sejadah, iron baju, selimut dan bantal lebih yang disediakan. Mathurat pun ada. Bayangkan aku tertinggal mathurat aku ari tu tapi nasib baiklah ada kat apartment ni huhu~

Selesai checkout, kami ke Raaju's Hill di Brinchang. Beli belah strawberry di sini dan terus-terang cakap memang murah dan dia bagi banyak barang free huhu bagus Uncle Raaju ini~ aku makan breakfast kat sini huhu semua pun strawberry~


Disebabkan ayah aku dah muak dengan segala benda pun strawberry, dia ajak kami ke Restaurant Nasi Kandar Mamu Rasul. Aku siap buat lawak kot-kotlah ada roti canai perisa strawberry dengan kari strawberry. Hahaha~ tapi terus-terang aku cakap, kalau datang situ sila pesan roti sahaja jangan makan nasi sebab mahal dan tak berapa sedap. Bayangkan orang yang tak suka membazir makanan macam aku ni pun tak boleh nak habiskan nasi dia.

ni la makanan aku huhu..tak habis...
Lepas makan, aku, ayah dan mama aku pergi jalan-jalan kat pasar Brinchang. Beli sayur-sayur sebab kat sini murah dan aku beli topi sengal kat sini..hehee~

Wani dengan topi sengal aku huhu~

Wan aku pun jadi model topi sengal aku tu hehehe~
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Cameron Valley. Kat sini borong beli teh strawberry dan ambil gambar ladang teh je..tapi tak berani turun bawah sebab tanah licin. Tak apalah sebab aku dah selalulah turun ladang teh (gaya cakap macam kerja kat situ hahaha)

Masa turun dari Cameron ini pun dua kali juga ayah aku berhenti membeli-belah dari orang Asli yang berjualan di tepi jalan. Beli madu dan buah Tampoi..huhu macam-macam. Untuk yang suka akan air terjun, sebelum sampai Tapah, ada air terjun Lata Iskandar. Silalah berhenti rehat jika mahu..kami tak berhenti sebab masing-masing dah penat huhu~

Baiklah sampai sini jela aku meng'update' seriously aku tengah sakit sekarang dan insyaAllah aku akan update novel dan cerpen aku tu secepat mana yang boleh okey? Sila lawat blog novel sengal aku Isteriku Ratu Ais. Korang boleh baca novel dan koleksi cerpen sengal aku kat situ. (^-^)v

Inilah adik-beradik aku. Dari kiri: aku, kakak, Lisa, Nadirah & depan mata sepet tu Wani.


No comments:

There was an error in this gadget