Saturday, August 2, 2014

Hercules!



Masa tengok Transformer AOE hari tu, aku tertengok trailer untuk filem Hercules dan aku bertekad nak pergi tengok. Err yang benornye aku suka akan Dwayne Johnson aka The Rock maka....huhu

Aku beli tiket pun petang tadi melalui online. Kat Rawang ni cuma ada TGV maka aku pergi sana jela. Aku keluar dengan adik nombor tiga aku, Nadirah.

Kami sampai lewat sikit tapi sempat lagi membeli snek untuk makan masa tengok movie. Waktu aku masuk itu pun cerita dah bermula. Eloklah tak payah nak bazir masa tengok iklan entah apa-apa.

Keseluruhannya, cerita ini memang best dan aku dengan adik aku menangis bila part Tydeus mati huhu..lelaki yang lahir dalam suasana peperangan dan tak boleh bercakap. Perkataan pertama dan terakhirnya ialah nama sahabatnya..waa nangis-nangis. Sila tengok kalau nak tahu lebih-lebih.

Esok insyaAllah aku akan ke Dataran Merdeka untuk tunjukkan solidarity kepada Palestine. InsyaAllah aku akan pergi sorang diri sebab tak ade geng but for sure aku akan jumpa ramai orang lagi kat sana kan? So kengkawan mari ke Dataran Merdeka esok!

4 comments:

Suha Fasihah said...

Kalaulah skrg dah ada dekat kl, boleh join... Too bad I'm still in my hometown...
Please bring my spirit together with you, sis...

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah waaaa..rancangan punah sebab kte kena migraine attack
(TT.TT)

Doa dari jauh jela yang kita boleh buat sekarang....

Suha Fasihah said...

It's okay sis... Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin...

Doa pun senjata umat islam... It's the least that we can do...

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah
huu..sayu je tengok ramai kat sana..

insyaAllah..jangan putus doa untuk saudara kita.

(^-^)

There was an error in this gadget