Friday, August 1, 2014

Membalut



Aku ada satu tabiat yang pelik sikit. Pelik ke?

Selagi aku tak balut buku yang aku beli, aku tak berapa nak semangat untuk baca buku itu sebab aku rasa buku itu belum menjadi kepunyaan aku 100%. Hahaha...

Jadi tadi aku balut buku-buku yang aku beli masa shopping raya dengan adik aku. Haha agak sengal sebab motif utama keluar adalah sebab nak berjalan release tension selepas bayar bil internet di TM yang memakan masa agak lama disebabkan beberapa masalah teknikal. Tiba-tiba aje bertukar menjadi shopping raya apabila adik bongsu aku itu suarakan hasrat hati nak membeli baju raya..ehey~

Sampai sahaja di shopping complex, aku pergi terus Popular sebab nak lepas gian beli buku/novel/komik/DVD anime....otak aku ni mana kisah sangat dengan baju raya bagai...sampai aje kat rak buku, aku teliti novel-novel..hmmm aku rasa kurang menarik maka aku teliti pula buku-buku ilmiah pun rasa tak ada yang menarik dan kalau ada pun, aku dah buku yang lebih kurang dengan buku itu (yang ni aku sedar bila adik bongsu aku itu menegur). Aku ke rak novel yang kedua. Bulat mata aku apabila melihat koleksi novel Ramlee Awang Murshid lengkap disitu! Rasa macam nak buat tarian ritual sebab rasa amat teruja tapi jangan risau sebab aku tak buat sebab ramai juga manusia kat situ hahahaha~

Koleksi yang menarik perhatian aku mestilah koleksi Sunan huhu..dulu aku dah pernah baca Bagaikan Puteri tapi lepas itu aku terus berhenti bila aku tahu ada sambungannya. Maka aku nekad akan beli semua sambungannya barulah baca semula. Selalunya bila pergi kedai buku, koleksi Sunan ini tak lengkap jadi aku tak beli dan kali ini bila dah nampak semua ada maka..ngehehehehe~gua beli jela! Muahaha...

Maka selepas ini aku akan beli pula koleksi Tombiruo sebab sebelum ini dah pernah baca dan seriously aku memang suka!!!! RAM punya novel memang menarik dan tak boleh lepas kalau dah mula baca nak-nak lagi cerita Fiksyen 302..huhu seronok~

Okey sekarang ini disebabkan aku tengah cuti maka adalah masa nak update blog novel Isteriku Ratu Ais aku tu dan aku tengah menggila dengan cerpen siri Bercinta Dengan Mamat Downy. Sila lawat ye (^-^)

p/s: mungkin aku akan buat cerpen berepisod yang tajuknya mula dengan 'Bercinta Dengan ....' lagi hahaha~

5 comments:

Suha Fasihah said...

I have that kind if similar habit ;) but only for textbooks... Dr sek rendah and menengah dah biasa balut buku SPBT, dekat uni pulak selagi tak balut buku yg dibeli selagi tu laa rasa tak best kalau study... Rasa incomplete... Esp buku2 semua tebal2... Lepas balut je terus bersemangat nak study... Hehe

Untuk novel and other small-size books tak rajin nak balut sebab saiz kecil satu hal, rasa mcm leceh... Hehe... Tapi wajib selotape kat tepi2 novel tu, tulis nama and warning sikit *kpd sesiapa yg baca novel ni sila jaga elok2* then baru baca... Hahaha

Suha Fasihah said...

That kind of* similar habit ;p

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah Hehe buku teks sekolah dulu rasa malas je nak balut sebab masa dapat pun dah serabai tahap apa dan selalunya kakak sulung yang tolong balutkan hahahaha~

Bila dah besar skit ni baru rasa nak balut segala buku sebab sayang gila! Kte ada bad memories tentang pinjamkan buku kat orang maka sekarang ni memang kte x bagi pinjam dah huhu..sedihnya sampai sekarang TT.TT

Suha Fasihah said...

Untung laa kakak sulung tolong balutkan ;p

Org duduk kat asrama kena balut sendiri... Lagipun kitorang first batch yg belajar math n science in eng so buku mmg dpt yg baru... Sgt kantoi dgn cikgu spbt kalau tak balut... Hahaha

Samalah~ Kadang2 yg pinjam buku tu tak jaga mcm mana kita jaga... Kita selak pages pun berhati2 and buka tak besar, cukup2 boleh baca page tu... Huhuhu

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah Haha untung apa kalau kena bayar upah kat dia ahaha~

Oh patutlah..dulu kte selalu sorokkan buku-buku teks yang tak berbalut kat perpustakaan sebab nak elakkan dari kena tgkp dgn cikgu spbt hahaha~

Tau xpe..tu yang malas nak bagi pinjam. Sakit hati bila tengok buku kte dah x cantik dan ada kesan berlipat sana-sini. Paling best bila pinjam x reti nak pulang ..huhu sakit jiwa raga~

There was an error in this gadget