Monday, September 1, 2014

Janji

[kredit]  

Saya disuruh datang pada hari ini (1/9/2014), ye hari cuti umum untuk melakukan sedikit persediaan untuk kelas. Serius saya cakap saya memang tak kisah datang kerja waktu cuti dan kerja lebih masa asalkan waktu solat saya dihormati. Di tempat kerja saya ini juga mudah untuk tunaikan solat dimana menjadi sebab utama mengapa saya masih kekal berada disini disamping saya ingin menimba ilmu.

Apa yang menjadi kanser dalam jiwa saya sekarang ialah sikap kurang menepati janji. Untuk makluman, saya sudah berada di universiti ini sejak pukul 6.30am tadi. Memang saya sengaja keluar awal sebab saya suka berpagi-pagian di tempat kerja saya. Dijanjikan kami akan bermula kerja pada pukul 8am, jadi saya mulakan dulu kerja-kerja yang saya patut buat sebelum pukul 8 sementara menunggu rakan sekerja saya.

Sekarang.....jam saya sudah menunjukkan pukul 9.03am (ketika menaip) dan rakan sekerja saya masih belum muncul. Saya pula sudah berjanji dengan kakak saya yang saya akan pulang sebelum pukul 10 disebabkan dia mahu menggunakan keretanya (kereta saya masih di workshop di Sungai Petani berikutan kemalangan yang berlaku pada Hari Raya yang lepas). Apakah perlu saya melanggar prinsip menepati janji saya kepada orang lain hanya kerana seorang yang lain tidak menepati janjinya kepada saya?

Nasihat saya kepada para pembaca, jika anda rasa tak dapat menunaikan apa yang dikatakan, lebih baik jangan berjanji lebih-lebih jika ia melibatkan masa dan tenaga orang lain. Janji dilafaz untuk ditepati bukan sekadar ungkapan untuk memaniskan kata. Sekian.

p/s: Saya akan tetap pulang ke rumah pada pukul 9.30am tak kiralah dia datang atau tidak.
p/s 2: saya tertinggal handphone saya dirumah =.="
terfikir juga mungkin dia ada menelefon memberitahu dia tidak datang atau apa tapi selain telefon, dia boleh sahaja menghantar email kepada saya sepertimana yang dilakukan ketika dia bercuti dahulu.
p/s 3: ketika tiba dirumah, saya mendapati beliau ada menghantar sms kepada saya mengatakan yang beliau akan tiba pada 8.45am =.=" dan sms kedua pada pukul 9.20am mengatakan yang beliau dalam perjalanan. Apakah?
p/s 4: Kakak saya pula yang tidak menepati janji apabila pukul 10 (saya sudah sampai) dia sedang mandi dan sampai sekarang pun (10.22am) masih tak keluar-keluar. Nampaknya hari ini memang hari orang memungkiri janji mereka terhadap saya...

2 comments:

Suha Fasihah said...

Janji ni susah nak ditepati... Sebab tu tak berani berjanji dan mengelakkan dari berjanji...

Bersabar ye sis... Allah bersama orang yang sabar...

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah Btol..tu sebab sebelum berjanji kte sertakan dengan InsyaAllah dan berusaha untuk penuhi. Tapi kalau dengan non-Muslim ni yang kte blur nk ckp mcm mne..

InsyaAllah cuba bersabar..

There was an error in this gadget