Thursday, September 4, 2014

Menulis dan Dakwah

[kredit]  

Mungkin aku bukan seorang yang kira layak untuk mengupas tentang tajuk entry kali ini tapi aku rasa aku nak bercerita sedikit tentang penulisan dan dakwah untuk aku.

Seperti yang kalian tahu (jika kalian perasan), aku ada membuat blog novel dan koleksi cerpen sendiri iaitu Isteriku Ratu Ais. Tajuknya begitu kerana pada mulanya ia adalah blog dimana aku menukil novel keduaku itu selepas novel pertama, Kisah Kita. Entah bagaimana, aku terfikir mahu menulis cerpen lantas aku memuatnaik hasil karyaku itu ke blog tadi dan wahlah blog itu kini penuh dengan koleksi cerpen sengal aku dan lebih banyak update cerpen berbanding novel keduaku yang asyik tertangguh.

Pada mulanya, aku menulis kerana berasa bosan dirumah (menganggur dulu~) dan mendapat galakan dari kawan-kawan setelah selalu juga membuat ulasan novel di blog ini. Lama-kelamaan aku berasa agak pelik jika aku menulis tanpa memasukkan mesej Islamik yang aku rasa boleh juga dikatakan dakwahku dalam alam maya. Menulis cerpen yang bersifat gila-gila dan sengal alam merupakan gaya penulisanku sejak zaman sekolah lagi lantas aku terapkan didalam setiap karyaku disamping aku memasukkan elemen Islamik supaya dalam ketawa masih ada mesej.

Alhamdulillah dengan ilham yang Allah beri dan kegilaan aku sendiri cerpen sebegitu berjaya dihasilkan walaupun pada mulanya tiada yang sudi membaca kerana aku cuma penconteng picisan. Namun semuanya berubah apabila karyaku dipaparkan di Penulisan2u sekaligus menarik minat sebilangan orang untuk menjenguk blog novelku itu. Alhamdulillah...

InsyaAllah, aku akan terus menulis selagi mana Allah izikan dan menyebarkan dakwah dengan caraku di alam maya.

p/s: Ini adalah entry pagi sebelum memulakan tugas (^-^)v
Selamat bertugas kawan-kawan~

2 comments:

Suha Fasihah said...

Keep up the good work sis...
Semoga dicatat dalam amal kebaikan... Aamiin :)

Norlyana Nasrin said...

InsyaAllah..
syukran jazilan Suha (^-^)v

There was an error in this gadget