Sunday, October 19, 2014

Daurah IKRAM di PIHUSEL

[KREDIT]  

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menyertai sesi daurah kedua untuk tahun ini. Daurah yang dianjurkan oleh IKRAM Hulu Selangor pada kali ini disertai oleh 70 orang peserta. Kali ini aku memandu sendiri ke sana memandangkan tiada peneman. Ehey~

Pagi itu aku mulakan seperti biasa dan hanya sempat minum air berikutan nak cepat sebab nak isi minyak lagi hehehe...Mr Kuro aku itu ketandusan kasih sayang seketika...Alhamdulillah 8.20am aku sudah tiba di PIHUSEL (Pejabat IKRAM Hulu Selangor) yang terletak di Bukit Beruntung. Mulakan dengan berdaftar dan aku terus naik ke tingkat dua untuk mengambil tempat. Macam biasa, tempat yang didepan-depan itu menjadi pilihan namun sebagai akhawat yang mengambil kira tentang pandangan mata para ikhwah maka dua baris dihadapan dikosongkan untuk ikhwah yang beberapa kerat sahaja yang hadir. Biasalah majlis ilmu selalunya dipenuhi oleh akhawat berbanding ikhwah. Kenapa? Mari bersangka baik yang mungkin para ikhwah sedang berusaha menyampaikan dakwah di tempat lain. Yay!

Majlis dibuka dengan kata-kata aluan dan kemudiannya rekreasi emosi dimana kami disajikan dengan video-video tentang kegemilangan tamadun Islam, perjuangan Islam dan gambaran hari kiamat yang entah berapa kali aku menonton videonya, aku tetap merasa gentar.

Kemudian kami memulakan slot pertama iaitu seerah nabawiyyah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azhar b. Zailani. Masa inilah aku berasa malu yang teramat sangat. Aku mengaku yang aku mencintai Rasulullah S.A.W tapi sirahnya aku tak hafal. Ya Allah perasaan malu dan sebal membuatkan aku merasa kerdilnya diri ini. Bagaimana kita hendak betul-betul mencintai Rasulullah sekiranya kisah hidupnya pun kita fail? Allah...maka aku tanamkan tekad yang aku akan mencari buku-buku sirah dan mempelajarinya.

Selesai slot pertama, rekreasi minda pun bermula. Aku dilantik menjadi ketua kumpulan oleh kumpulanku dalam slot ini. Untuk rekreasi minda, kami dikehendaki menjawab 10 soalan dan dari sepuluh soalan itu hanya beberapa sahaja yang mampu kami jawab. Nampak sangat cetek pengetahuan kami ini...Ya Allah ampunilah kami yang sentiasa lalai...bayangkan doa iftitah dalam surah apa pun aku boleh tak ingat?! Allah...

Slot kedua menyusul selepas itu. Untuk slot kedua ini adalah tafsir surah Al-Muzammil oleh Ustaz Kamal Azhari Zuhra. Alhamdulillah surah yang banyak menerangkan tentang kelebihan qiamulail dimana ia adalah masa yang sesuai untuk kita berkeluh-kesah, berhajat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Kita ni kadang-kadang nak qiam sebulan sekali pun payah ye tak? Padahal ia adalah amalan nabi dan para sahabat yang banyak mendatangkan untung pada umat Islam.

Tamat slot kedua, penyampaian anugerah hasil menjawab quiz rekreasi minda dilakukan. Allah kumpulan kami yang hanya menjawab tak penuh turut diberi hadiah saguhati. Terima kasihlah ye?

Terus terang aku cakap, program daurah kali ini memang menyeronokkan dan aku memang suka daurah! Waa kan best kalau ada daurah setiap bulan? Huhuhu~

2 comments:

Suha Fasihah said...

Alhamdulillah... Beruntung sis berkesempatan join... Program mcm ni bila join mmg rasa nak nanges je... Nak nanges bila fikir; dah berpuluh tahun aku hidup dalam Islam tapi aku tak pernah tahu benda ni... Hmm... Byk lg yg perlu kita perbaiki... Kan?

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah Alhamdulillah..rasa bersyukur sangat bila pergi dengar dan cuba fahamkan. Malu yang amat bila sirah nabi pun kita tak hafal tapi benda2 yang melalaikan senang aje masuk dalam kepala otak kita ni.

InsyaAllah selagi Allah beri rezeki kita untuk terus hidup kita boleh memperbaiki diri.

(^-^)v

There was an error in this gadget