Saturday, January 17, 2015

Memadam memori



Tadi aku macam terasa nak buat carian nama sendiri dalam Google (saya galakkan anda semua buat). Yela kadang-kadang risau juga jika ada ada gamar-gambar atau nama kita yang digunakan oleh laman web yang entah apa-apa lantas menjejaskan kredibiliti huhu ayat cannot go....

Terkejut juga bila tengok ada lagi gambar-gambar lama di Myspace yang aku dah lama lupakan kewujudannya. Allah! Password pun aku dah tak ingat maka klik forgot password dan set new password sebelum masuk ke laman web itu untuk memadam gambar-gambar lama. Zaman masih sengal dan suka mengambil gambar sendiri aka selfie..aish bila tengok balik memang malu kot! Hmm lagi satu, aku tak tahu pun aku tercalon dalam Shorty Award...ahahahaha apakah ini?

Kemudian aku buat carian untuk nama pena aku..pergh banyak juga laman web yang tayangkan cerpen aku tapi nasib baiklah masing-masing letak sumber dan tak mengaku karya sendiri. Apa-apa pun terima kasih sebab popularkan karya aku ahahaa~

2015 dan aku dah 27 tahun walaupun baru 3 bulan jadi 26 ceh! Soalan bila nak kahwin pun dah macam tinggi frekuensi pengulangtanyaannya...apa-apa jelah..ada jodoh aku kahwinlah..manalah tahu kot aku ni cuma berjodoh dengan kematian je ke..redha dengan ketentuan Allah~

(^-^)v

p/s: Silalah lawat blog novel & cerpen aku kalau sudi~ IRA

No comments:

There was an error in this gadget