Wednesday, June 10, 2015

Am I a Writer or just a Nuisance?

[kredit]  


Tajuk.....

Sejak mula menulis untuk disiarkan di blog (Mac 2013 tak silap aku), aku dah buat banyak jugalah cerpen dan bab-bab novel yang kekadang bila baca rasa nak hantuk kepala sendiri ke dinding.

Kebanyakannya dibuat secara impulse. Ikut suka aku bila aku rasa nak tulis, aku akan mula menaip. Taip dan taip sampai aku rasa 'Okay dah cukup!". Cerita yang selalunya ditaip secara spontan dan ye alhamdulillah Allah berikan aku idea ketika menaip.

Pada mulanya panjang ke pendek ke cerita itu tak menjadi soal buat aku sebab bagi aku, cerita aku, cara aku! Nak baca sila, tak nak baca pun aku tak paksa. Hahaha gila poyo!

Bila ada yang baca dan bagi komen, aku memang seronok baca komen-komen mereka. Kalau ada komen yang negatif pun aku tak berapa nak kisah dan aku cuba cari sebarang pembaikan yang boleh aku buat. Tak apa, tak semua orang suka jalan cerita yang aku buat kan?

Lama kelamaan ada yang minta aku bukukan koleksi cerpen tak pun novel aku tu...huhuhu mula-mula aku rasa takut juga sebab apakah ada orang yang nak membeli buku tulisan si sengal ini? Jadi aku bergabung dengan kawan-kawan se'gila' dan se'sengal' aku untuk terbitkan buku aku tu.

Kerja aku cuma menulis dan yang lain diorang uruskan. Hahaha senang hidup..

InsyaAllah tak lama lagi buku aku akan dikeluarkan jadi..jika terasa nak baca apa si sengal ni tulis, sila beli.

(^-^)v

4 comments:

rodona sormin said...

mantap,,
makasih infonya

rodona sormin said...

thank's ea infonya

Sang Ratu said...

awak ni la yg Zuemiey (stor kecil) selalu duk borak. wah...tahniah!

Norlyana Nasrin said...

@Sang Ratu
err yeke? hahaha dl ada gak g blogwalking ke blok dia.

(^-^)v

There was an error in this gadget