Tuesday, December 29, 2015

Sombong dan Janji

[kredit]  

Lama tak tulis apa-apa dalam blog ni...hahaha konon busy padahal...hmm adalah busy sikit dengan hidup tapi tak adalah sampai terduduk.

Dalam beberapa bulan ni je Kakak dengan adik aku bertunang. Ahhhh jangan ditanya bila pula giliran aku sebab aku pun tak tahu! Aku dengan perhubungan sebegitu aka cinta memang payah nak 'melekat'. Serius, aku perempuan yang tak tahu bercinta...noktah!

Aku perasan yang semakin umur aku meningkat, aku agak payah nak bersosial dengan orang dan sukar nak menerima orang baru dalam hidup aku. Kalau ada yang menegur di media sosial tak kiralah apa jantina pun aku akan rasa janggal. Entah..aku memang tak reti.

Bila ada yang macam nak rapat dan asyik mencari peluang untuk terus berhubung dengan aku, aku akan rasa tak selesa. Hmm pelikkah aku? Mungkin situasi akan jadi berbeza jika aku berjumpa mereka face-to-face. Mungkin..aku pun tak reti nak beri jaminan.

Janji. Satu benda yang aku pegang dari dulu. Aku paling benci dengan orang yang berjanji tapi tak tunaikan. Aku rasa macam kena tipu hidup-hidup bila ada yang buat begitu pada aku. Pada aku kalau rasa tak boleh tunaikan, jangan berjanji apa-apa! Serius aku akan baran bila terkena macam tu! Baik dari segi masa atau bila pinjam duit dengan aku. Tunaikan apa yang kau janji!

Sekarang ni aku tengah sibuk sikit nak buat siri heartbreak compilation dalam blog lagi satu. Hmm aku try buat 'se'heartbreak yang boleh tapi aku perasan macam tak menjadi..hahahaha sengal. Tension juga tapi...hmm gambate! Ada lagi dua cerpen yang aku nak muatkan dalam siri tu. Lagi dua ni aku kena ikut nasihat partner in crime aku untuk jadi kejam sikit.

Okay doakan aku berjaya dan entah bila aku akan update lagi kat sini tapi sabar jela..

lawat blog novel dan cerpen aku: <a>http://isterikuicequeen.blogspot.my/</a>

6 comments:

Suha Fasihah said...

Bertabahlah sis..

All the best! Will always support you :)

Suha Fasihah said...

Bertabahlah sis..

All the best! Will always support you :)

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah: huhu thanks Suha
(^-^)v

Suha Fasihah said...

Aiyakkk, double comment pulak.. Takpe, janji isi dia sampai (^,~)

Suha Fasihah said...

Aiyakkk, double comment pulak.. Takpe, janji isi dia sampai (^,~)

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah: hahaha xpe2 (^-^)v

There was an error in this gadget